FAQ : Frequently Ask Questions
gajetdijepun
|
Friday, 26 February 2010
|
2 comments
1 : Anda boleh dipercayai?Ya. Sila lihat feedback saya. Boleh rujuk facebook saya, dan identiti saya boleh dikenal pasti.
2.Boleh kurang/nego?
Asasnya harga adalah tetap. Pembelian secara pukal, pelanggan yang pernah berurusan dengan saya akan diberi harga istimewa.
3.Kenapa nampak macam baru?
Ya!. Kebanyakan barang yang dijual gajetdijepun kelihatan seperti baru. Secara am, barang dibeli secara online dari orang jepun yang sudah pasti kadar penggunaan rendah. (Orang jepun terkenal dengan sikap terlalu sibuk dengan kerja)
4.Apa itu WTS
Want To Sale. Barang masih ada dan belum dijual
5.Apa itu Sold
Barang sudah dijual.
6.Apa itu Paid Reserved
Barangan telah dibayar pendahuluan untuk tempoh lebih kurang seminggu.
7. Apa itu SC?
SC=shutter count. Lagi rendah nilai sc, semakin kurang penggunaan kamera. Dan harga baranga semakin tinggi.
8.Mengapa gajetdijepun? Bukan FTZ, mudah.com atau yang lain lebih murah?
Ya. Di tempat lain anda boleh mendapat harga yang lebih murah. Adakah anda pasti kualiti terjamin dengan harga? Atau anda sanggup ditipu dengan harga yang tidak masuk akal?
Jika tidak, anda boleh berurusan dengan gajetdijepun kerana kualiti barangan terjamin mengikut harga. Kebanyakan kamera gajetdijepun hanyalah sekadar hobi, dan kadar penggunaan rendah. Dan belian anda dijamin sekurangya seminggu. Dan semestinya gajetdijepun sudah dipercayai kejujurannya.
9.Boleh pesan barang lain selain gajet?
Ya. Dengan syarat bukan barang larangan, ringan, dan bukan barang kenderaan.
10.Boleh pesan barang baru?
Ya. Jika anda sanggup bayar lebih. Secara asasnya lebih baik beli di Malaysia sahaja.
11. Boleh pesan kamera Nikon D700, Nikon D300s, Nikon 70-200 VR, Canon 1D mark4, Canon 5D mk2 etc?
Tidak. Secara asasnya barangan melebihi nilai rm3k atau high end camera/lense tidak diambil pesanan kecuali anda sangup bayar lebih dan dalam bentuk yen.
12.Adakah harga termasuk pos?
Ya. Ke Malaysia sahaja. Untuk selain Malaysia boleh emailkan pertanyaan.
13.Bagaimana pembayaran?
Pembayaran hanya dalam Ringgit Malaysia atau Yen Jepun sahaja. Jika dalam bentuk yen, kos terima+cukai+lain-lain perlu diambil kira. Paypal, kredit kad dan sebagainya tidak diterima. Pembayaran tunai ke Bank Islam atau CIMB sahaja.
14.Kenapa tidak boleh COD?
Kerana saya berada di Jepun dan anda berada di Malaysia (atau selain Jepun). COD tidak akan dipertimbangkan jika nilai kurang dari RM5000. Namun atas budi bicara pembeli, dan bayaran muka diberi, COD bakal dipertimbang untuk nilai lebih RM5000
15.Bagaimana jika barang rosak?
Jika masih dalam gerenti (7 atau 14 hari), anda diberi dipilihan. Baiki dan kos ditanggung gajetdijepun (perlu resit) atau kembalikan sahaja barangan ke Kuala Lumpur dan anda dibayar penuh (kos pos ke KL ditanggung pembeli). Jika di luar gerenti atau masih dalam tempoh 3 bulan selepas pembelian, tawaran harga istimewa untuk anda jika berminat terhadap produk gajetdijepun yang lain.
16.Hal berkaitan kastam (Malaysia sahaja)
Secara asas barangan fotografi tidak dikenakan sebarang cukai. Namun kebarangkalian ditahan (tidak perlu bayar cukai) masih ada tetapi masih ditahap rendah (1/200). Setakat feb 2010, tiada lagi barangan yang ditahan perlu dibayar cukai kecuali bayaran borang isytihar kastam (bawah rm50). Kebiasaan barangan yang ditahan atas faktor data tidak lengkap, nilai melebihi rm3k dll.
17.Hal berkaitan pos
Barangan anda dibungkus dengan sempurna serta dilindungi insurans sepenuhnya. Segala kerosakan, kehilangan, atau kecurian akan dibayar insuran. Setakat feb 2010 tiada lagi laporan kehilangan atau kerosakan akibat kecuaian pos yang pihak gajetdijepun terima.
Hanya khidmat pos Malaysia dah pos Jepun sahaja diterima. Khidmat pengangkutan syarikat lain tidak diterima.
18.Tukar suka sama suka atau trade in
Tidak diterima dalam apa jua bentuk. Hanya cash sahaja diterima.
19. Kenapa mahu jual atau let go?
Sebab saya seorang penjual dan menjalankan perniagaan :D
20. Speedlite / Flash model terkini
Tidak dijual kerana mahal di sini. Flash lama seperti nikon SB-26, 24 boleh ditempah.
21. Usia?
Secara asasnya GDJ sendiri tidak tahu kecuali dalam tempoh waranti. Jika diluar waranti anggap sahaja barang sudah lama. GDJ tidak mementingkan usia tetapi mementingkan tahap/kondisi barang sahaja. Jika anda inginkan yang baru sila beli di tempat lain.
*segala persoalan boleh tinggal di rungan komen di bawah
Filed Under:
secara amnya, apa perbezaan kamera set jepun dengan kamera set malaysia?
set malaysia under dealer malaysia dan sebaliknya
kalau jenama canon set jepun byk buatan jepun, klu set bg malaysia tu campur2, buatan malaysia pon ada
kalau nikon sama je, kbykn buatan thai..tapi ada juga lens yg buatan jepun..
bila buatan jepun orang kaitkan dengan QC (Quality Control) yg baik, so ada yg x kisah bayar mahal..