Syarat dan Terma
Jaminan dan Waranti
1. Setiap barangan gajetdijepun disertakan dengan jaminan 10 hari bermula dari tarikh barang diterima pembeli. Pembeli dinasihatkan untuk menguji barang dalam tempoh 10 hari tersebut.
2. Jika barang yang diterima rosak atau bercanggah dengan penerangan semasa urusan jual beli, jaminan wang penuh dikembalikan jika masih dalam tempoh 10 hari
3. Jika lebih dari 10 hari, urusniaga dianggap selesai. Kelewatan pemberitahuan kerosakan walau apa jua alasan tidak akan diterima
4. Jika rosak akibat kecuaian sendiri, calar, convert IR, diubahsuai tanpa pengetahuan gajetdijepun dan bencana alam tidak diterima.
5. Calar, habuk, kotoran atau perkara biasa bagi barangan terpakai bukan dalam jaminan.
6. Kebanyakan lens hanya diuji menggunakan satu kamera sahaja. Kemungkinan lens terutamanya lens jenama lain (3rd party) tidak serasi (calibrate) dengan sesetengah kamera dan menyebabkan hasil imej tidak sharp adalah tanggunjawab sendiri, tetapi boleh dipertimbangkan mengikut keadaan.
7. Gangguan imej pada sensor kamera disebabkan habuk adalah diluar jaminan. Sebaiknya gajetdijepun akan mencuci (blow, dry clean) terlebih dahulu. Jika inginkan hasil yang baik, anda perlu hantar sendiri ke pusat servis
8. Untuk lens jaminan hanya pada mekanikal sahaja. Disebabkan habuk merupakan perkara biasa bagi lens terpakai, tiada jaminan jika terdapat gangguan imej. Namun jika terdapat fungus, calar , wap di dalam lens (jika tidak ditulis di dalam penerangan) adalah termasuk dalam jaminan 10 hari.
9. Tiada jaminan bagi ketahanan bateri kamera dan kamera filem/analog.
10. Sebarang masalah disebabkan kecuaian sendiri seperti salah faham, tidak membaca syarat dan terma dengan teliti adalah tanggungjawab sendiri. GDJ tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan. Namun jika kecuaian disebabkan GDJ sendiri, wang penuh atau gantirugi akan dikembalikan.
Urusan Pembayaran
1. Pembayaran boleh dibuat melalui Bank Islam / CIMB/ Maybank dan urusniaga hanya dalam Ringgit Malaysia sahaja.
2. Harga yang tertera adalah temasuk pos ke Malaysia dari Jepun.
3. Harga adalah tetap (firm). Diskaun hanya akan diberi jika pembelian melebihi dari 1 item atau kepada pembeli yang pernah berurusan dengan gajetdijepun.
4. Nombor akaun akan diberi selepas perjanjian (melalui email) dibuat. Borang perjanjian (melalui email) akan diberi selepas bakal pembeli setuju dengan syarat dan terma gajetdijepun
5. Buat masa ini kredit kad, paypal atau seumpamanya tidak diterima
6. Pihak gajetdijepun tidak sesekali menerima jumpa dan bayar, Cash/Collect On Delivery (COD) , face to face, kecuali dinyatakan dalam penerangan. Jika mahukan COD, anda tidak perlu membuang masa melayari blog ini. Gajetdijepun jugak tidak akan melantik mana-mana wakil untuk COD
Urusan Pos dan Kastam
1. Penghantaran menggunakan EMS (Pos Laju) Jepun dengan kerjasama Pos Malaysia dan dilindungi insuran sepenuhnya.
2. Barangan akan dihantar hanya selepas mendapat bayaran penuh dan pembeli akan diberi track number untuk mengetahui perkembangan barangan yang dibeli. Perkhidmatan syarikat pos lain tidak dipertimbangkan
3. Urusan kastam dan pos di Malaysia adalah urusan sendiri. Secara asasnya barangan kamera tiada dikenakan cukai .
4. Jika ada sebarang masalah berkaitan kastam dan pos,bantuan khidmat nasihat diberikan.
5. Sebarang kelewatan dari pihak pejabat pos dan kastam bukan tanggungjawab gajetdijepun
6. Kebiasaannya pos mengambil masa 4~5 hari waktu bekerja (Kuala Lumpur dan kawasan sekitar).
Urusan Tempahan
1. Sikap 'perfectionist' atau mahu serba baru,detail, ragu-ragu,inginkan jaminan selama setahun, nego harga yang tidak masuk akal dinasihatkan agar tidak membuang masa berurusan degan gajetdijepun.Anda digalakkan membeli barang baru, atau mencari penjual yang boleh melayan karenah anda. Secara asasnya gajetdijepun tidak menerima pertanyaan untuk menambah gambar sedia ada dengan tujuan menunjukkan habuk secara dekat satu, bahagian calar dan sebagainya.
2. Pihak gajetdijepun menerima tempahan dari luar Malaysia dengan harga pos berlainan. Sila emailkan pertanyaan tentang harga pos
3. Secara asasnya First come, first serve, no reservation. Tiada booking/reservation percuma
4. Deposit RM100 untuk tempahan/reserve 7 hari. Maksimum tempahan (booking/reserve) hanyalah 4 minggu sahaja. (jika 3 minggu : 3xRM100=RM300)
5. Jika melebihi tempoh 7 hari tanpa pemberitahuan, secara automatik tempahan terbatal.
6. Bayaran (deposit tersebut) tidak akan dikembalikan dalam tunai, tetapi disimpan dalam bentuk rebate (nilai yang sama) jika berminat terhadap produk yang lain. Rebate ini tidak boleh digunakan untuk booking/reservation barang yang lain.
Tempahan Lain-lain Item (tiada dalam blog):
1. Tempahan gajet terpakai/baru turut diterima(jika ada stok). Dan tidak semua harga di sini adalah murah.
2. Barangan aksesori kereta atau barangan yang melebihi 20kg, atau isipadu mebihi 100cm x 100cm x 100 cm tidak diterima. Untuk tempahan sila rujuk
Cara Pembelian
1. Jika bersetuju dengan syarat di atas, penerangan sesi soal jawab dan penerangan ringkas akan diberi. Bakal pembeli akan diberikan borang melalui email.
2. Jika mencapai kata persetujuan, email hendaklah dibalas sebelum nombor akaun bank diberi. Untuk mengelakkan sebarang masalah tiada pembatalan selepas nombor akaun diberi. Bayaran dalam 24jam
Bakal pembeli perlu email ke kia_jpn[at]yahoo.com untuk pertanyaan (atau mesej facebook atau yahoo messenger: kia_jpn )
↓
Jika setuju, gajetdijepun akan menghantar borang dalam bentuk email
↓
Bakal pembeli perlu mengisi borang (Apabila borang diisi, bakal pembeli secara langsung telah bersetuju dengan syarat di atas)
↓
Gajetdijepun akan membalas emel dan memberi no akaun
↓
Pembeli perlu bayar dalam 24jam. Jika telah dibayar sila hubungi gajetdijepun untuk kepastian. Tidak perlu attach resit, tetapi cukup sekadar nyatakan tarikh dan masa. Bakal pembeli digalakkan menyimpan bukti pembelian sehingga urusniaga selesai
↓
Setelah dipastikan pembayaran, barang akan dipos dalam masa 3 hari waktu bekerja
Filed Under:
sy berminat! tp kalau ada stok polaroid lg best. ada lg polaroid di jepun?
salam...sy mencari lighting seperti Alien bees...Boleh sy dapatkan di GDJ?