• homepost1

  • homepost4

  • homepost2

  • homepost5

  • homepost3

  • homepost6

  • homepost7

Mengenai Saya / About Me

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Blog ini dilancarkan pada raya pertama 1 Oktober 2008. Minat yang mendalam menceburi bidang perniagaan dan fotografi adalah faktor terbinanya blog yang tidak seberapa ini.

Pada mulanya blog ini hanya menjalankan perniagaan menjual barangan baru sahaja. Pada ketika itu, kadar tukaran 100yen bersamaan RM3 menyebabkan harga barangan terutamanya berkaitan kamera begitu murah jika dibandingkan harga di Malaysia. Namun akibat kenaikan nilai yen, blog ini menumpukan perniagaan barangan terpakai, dan gajet yang sukar didapati di Malaysia sahaja.

Seperti biasa, bisnes secara talian mendatangkan keraguan kepada pelanggan untuk berurusan dan agak hambar sambutannya. Namun itu bukannya batu penghalang bagi meneruskan cita-cita meneruskan perniagaan ini. Hasilnya setelah 3 tahun (sehingga tahun 2011) blog ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Purata jualan pada Jun 2011 adalah 1~2 item setiap hari.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada saudara Bro Azhar Ariff kerana menjadi yang pertama memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk berurusan dengannya. Berkat kepercayaan, beliau telah membeli Nikon Sb-26 sebanyak 3 unit. Dan bermula dari itu saudara Syahir dengan set olympus dan diikuti Bro Sydeen dari Melaka dengan lens canon makro. Dan tidak lupa kepada Bro Ichi pelanggan setia dari canon 70-200 2.8L sehingga set-set filemnya.

Bermula dari kepercayaan ini maka blog ini semakin mendapat kepercayaan ramai dan berdiri teguh sehingga kini. Saya amat terharu terhadap bekas-bekas pelanggan yang rajin mempromosi terutamanya Sydeen dan Ichi yang sentiasa memberi sokongan, cadangan sehingga menjadikan blog ini terkenal sehingga ke luar negara termasuk Australia, Jordan, Mesir, Syria, United Kingdom, Rusia dan lain-lain

Sehingga kini, blog ini hanya menumpukan kepada barangan terpakai kamera terutamanya Canon dan Nikon. Tempahan turut diterima tetapi tidak semuanya boleh didapati murah di sini.


Latar Belakang Pemilik Blog

Bekas Pelajar
-SRK Batu Kurau, Perak
-SMK Dato Kamaruddin, Perak
-MRSM Pasir Salak, Perak
-Pusat persediaan Kajian Teknikal Ke Jepun, PPKTJ UTM KL
-Suzuka National College of Technology, Jepun

Dan sekarang sedang mengikuti pelajaran dalam bidang kejuruteraan bahan di Toyohashi University of Technology, Jepun

Hubungi

Email : kia_jpn[at]yahoo.com
Yahoo Messenger : kia_jpn
Facebook : http://www.facebook.com/gajetdijepun

Filed Under:

About the Author

My name is Dinh Quang Huy or known as alias NhamNgaHanh .I made this template in magazine style and named it Simplex Darkness .I hope it helpful to persons who want a solutions for a template in Blogspot.To download this template and see template install instruction ,go to Simplex Design blog.

4 comments

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Irfan Isa says:

    bro..tokina 11-16mm f2.8 for nikon mahal x kat sana..nikon 24mm f1.4 ke..

     

  2. mahal lagi~
    bjet bro?

     
  3. armaiz says:

    bangge teman owg negeri teman nie hehehe..
    100mm f2.8L macro murah lg x kt cne??

     
  4. PuterA says:

    Memang terbaik boss. org kg aku rupenye, ramai jgk dah member photograpy aku amik kat die ternyata sama khabar sama rupa...

     

Leave a Reply