• homepost1

  • homepost4

  • homepost2

  • homepost5

  • homepost3

  • homepost6

  • homepost7

Jual Gajet Terpakai Anda!


Ingin jual barangan fotografi, gajet yang anda sudah tidak perlu?
Tiada masa untuk COD atau temujanji?
Tiada masa jual di kedai?
Mahukan tunai segera dalam 3# hari?
Jauh dan sukar untuk menjual barangan anda?


Kini ada cara terbaik untuk anda. GDJ berpengalaman luas jual beli secara atas talian selama lebih 3 tahun menawarkan pembelian barangan anda secara tunai dan segera.

Inginkan testimoni? Google atau facebook sahaja untuk kepastian!
Caranya sungguh mudah dan selamat. Dan syarat jual beli juga sungguh mudah!

Kelebihan jual di GDJ berbanding di tempat lain
1. Jika di forum, mudah, facebook dan sebagainya mungkin anda boleh jual sendiri dengan harga lebih mahal dari GDJ tawarkan. Tetapi adakah anda boleh tunggu dan bersabar untuk dijual. Kalau tidak kena cara sebulan pun belum tentu laku!
2. Tahukah anda jika anda jual sendiri kebanyakan pembeli inginkan COD /jumpa dan bayar/face to face) dan risiko lebih tinggi terutamanya kepada wanita berbanding pos. Tetapi jika pos sendiri pula anda perlukan menunggu pembeli yang betul-betul percaya dengan anda sahaja.
3. Wang segera dalam #3 hari! (# bergantung pada keadaan, paling lewat seminggu)


Kami menerima
#untuk peringkat percubaan ini nilai barangan yang melebihi RM2,000 memerlukan masa untuk dipertimbangkan.
-Semua jenis kamera digital Nikon dan Canon
-Semua jenis lens digital dan filem Nikon
-Semua jenis lens digital Canon
-Semua jenis lens prime (bukan zoom) m42 (screw mount)
-Sebahagian kamera/lens filem
-Sebahagian jenis beg kamera
-Sebahagian jenis bodi/lens Sony/Minolta/Olympus
-Sebahagian jenis tripod (keutamaan yang berjenama)
-Semua jenis flash digital (keutamaan untuk berjenama)
-Sebahagian barangan Apple (ipad, iphone,imac,macbook etc)
-Barangan fotografi yang difikirkan sesuai
-Gajet yang difikirkan sesuai

#Tidak semua diterima, faktor kondisi, harga pasaran dan modal perlu diambil kira. Kalau tidak pasti sila jangan malu bertanyakan soalan anda di sini : click here!

Syarat dan Terma
1. GDJ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang barangan curi. Untuk memastikan barangan GDJ dijual dengan telus dan tiada penipuan, penjual mestilah menyertakan salinan kad pengenalan ketika menghantar barangan ke GDJ. Pastikan nama di no akaun bank adalah sama seperti di dalam kad pengenalan.
2.GDJ tidak akan bertanggungjawab jika barangan rosak/dicuri ketika proses pos. Sila insurankan barangan anda untuk mengelakkan masalah. Setakat pengalaman GDJ, tiada lagi sebarang kes dimana barangan hilang atau rosak akibat kecuaian Pos Malaysia. Yang penting balutan mestilah kemas.
3.Pembayaran hanya selepas barangan diterima GDJ.
4.Buat masa ini kami tidak menerima COD, tetapi boleh dipertimbangkan. Jika COD, bayaran hanya akan dibuat menggunakan bank ke bank sahaja.

Cara harga dikira


Secara asasnya untuk barangan yang elok, cantik dan berfungsi baik :
-Nilai harga susut 20%+- dari harga pasaran terpakai
-Nilai 20%+- ini dikira sebagai kos penyimpanan, kos insurans, dan keuntungan dan upah pekerja.

Nilai barangan akan berkurang jika :
-Luaran dan tahap guna tinggi, bercalar dan tidak cantik
-Barangan tidak lengkap. Contoh : kotak tiada, aksesori tidak lengkap
-Terdapat kecacatan atau kerosakan
-Tahap permintaan rendah dan sukar dijual

Cara urusniaga!

Langkah 1 : Maklumat dan Harga
Isi borang dibawah, sila isikan maklumat yang betul dan lengkap

Langkah 2 : Persetujuan Harga
Tunggu sehingga kami menghubungi anda. Jika anda bersetuju dengan harga , GDJ akan memberi alamat kepada anda untuk dipos.

Langkah 3 : Persediaan untuk pos
a. Cara balutan mestilah kemas dan selamat. GDJ tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan
b. Gunakan pos Laju atau pos yang berinsurans.
c. Sertakan salinan kad pengenalan, serta salinan no akaun bank anda. Nama di kad pengenalan dan no akaun mestila sama.
d. Kos pos ditanggung penjual.

Langkah 4 : Penerimaan barang oleh GDJ
a.Pihak GDJ akan memeriksa kondisi barangan secara teliti.
b.Jika barangan yang diterima tidak memenuhi kriteria yang GDJ tetapkan, harga yang dipersetujui mungkin berkurangan atau barangan akan dihantar ke penjual semula.
c.Jika tidak bersetuju dengan harga yang dikurangkan, pihak GDJ akan menghantar semula barangan yang diterima dengan kos pos ditanggung GDJ sendiri

Langkah 5 : Pembayaran wang
a. Pihak GDJ akan membayar barangan anda mengikut jumlah yang dipersetujui.
b. Pembayaran hanya dalam bentuk bank-in sahaja. Bayaran dari Maybank dan CIMB sahaja.
Jika bank-in ke akaun selain Maybank dan CIMB, kemungkinan ada kelewatan pembayaran (biasanya sehari)
c. Bayaran kebiasaanya dalam tempoh 3 hari. Dan jaminan bayaran dalam 7 hari selepas barang diterima dan diperiksa.


Tukar beli (Trade in
)
1. Jika anda berminat dengan barangan di GDJ, kami menerima juga tukar beli (trade in)
2. Tempoh untuk tukar beli mengambil sedikit masa, hanya mereka yang sabar sahaja yang boleh berurusan.
3. Untuk tukar beli, syarat adalah sama seperti langkah jualan di atas.
4. Sementara menunggu barangan anda diterima GDJ, barangan yang anda ingin tukar beli dari GDJ akan disimpan (reserve/booking) sehingga tempoh barangan diterima dan diperiksa.
5. Jika ada tambahan harga anda perlu membayar terlebih dahulu baki, dan GDJ akan pos barangan yang ditukar beli kemudian.
6. Jika harga ada pengurangan, pos dan bayaran baki kepada anda akan dilakukan seberapa segera yang boleh.

FAQ: Frequently Ask Question

Q: Nak jual Sony/Pentax/Olympus dan sebagainya. GDJ terima?
A: Terima tetapi mengikut keadaan. Nilai susut barangan diatas lebih tinggi, GDJ boleh membelinya tetapi mungkin nilai harganya tidak seperti yang anda inginkan. Jika ingin dijual mahal anda boleh cuba yang ini

Q:Syarikat pos yang disyorkan GDJ
A:Pos laju malaysia. Banyak cawangan di bandar dan luar bandar. Fleksibel untuk penduduk luar bandar. Mengikut pengalaman GDJ, tiada sebarang kes dimana barang hilang atau dicuri, atau rosak semasa diterima.

Q:Saya guna bank Islam, bank HSBC dll (selain CIMB dan Maybank). Berapa lama masa untuk menerima pembayaran?
A: Kebiasaanya jika pembayaran telah dilakukan sebelum jam 12 waktu bekerja, anda akan menerimanya sebelum 12malam di hari yang sama. Jika lebih dari jam 12, wang akan diterima sebelum 12 malam keesokan hari bekerja.

#Jika ada tambahan soalan sila kemukakan dibawah.
Soalan tentang harga yang akan dibayar untuk barangan anda tidak akan dijawab di ruangan komen
.

Untuk pertanyaan sila email ke sini : click here!

Borang boleh didapati disini

Filed Under: ,

About the Author

My name is Dinh Quang Huy or known as alias NhamNgaHanh .I made this template in magazine style and named it Simplex Darkness .I hope it helpful to persons who want a solutions for a template in Blogspot.To download this template and see template install instruction ,go to Simplex Design blog.

Leave a Reply